Penganalisis Berbeza Pendapat Tentang Parti Mana Mempunyai Harapan di Kedah - COPY DAILY

COPY DAILY

Gapaian Rasa Dunia Kini

test banner

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Penganalisis Berbeza Pendapat Tentang Parti Mana Mempunyai Harapan di Kedah

Share This
Bahang pilihan raya umum ke-14 semakin terasa seolah-olah rakyat dinegara kebulur sedang menunggu bantuan dari negara lain yang sedia membantu.

Menelusur alur semasa politik negara memang sukar difahami kiranya berdasar kepada satu kajian atau kajian disebelah pihak sahaja.

Terkini, dua penganalisis politik membuat penilaian melalui kajian mereka sangat berbeza antara satu sama lain, tidak tahu pula kedua-kedua penganalisis ini menganbil maklumat di surat khabar atau sumber dari media sosial tanpa berada atau bersemuka dengan pengundi dikawasan pilihan raya.

Seorang pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Azizuddin Mohd Sani tidak nampak sebarang tanda PH mampu menjatuhkan Barisan Nasional (BN) di Kedah.

Bagaimanapun, Prof Madya Awang Azwan Awang Pawi dari Universiti Malaya, berkata ada “gelombang besar sokongan” untuk PH dan gabungan 4 parti pembangkang itu kelihatan bersedia untuk menang di Kedah.
..............................................
GEORGE TOWN: Dua penganalisis politik membuat penilaian berbeza terhadap peluang Pakatan Harapan (PH) di Kedah pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Azizuddin Mohd Sani tidak nampak sebarang tanda PH mampu menjatuhkan Barisan Nasional (BN) di Kedah.

Bagaimanapun, Prof Madya Awang Azwan Awang Pawi dari Universiti Malaya, berkata ada “gelombang besar sokongan” untuk PH dan gabungan 4 parti pembangkang itu kelihatan bersedia untuk menang di Kedah.

Azizudin berkata, kebimbangan BN di Kedah terhad kepada kesan saingan yang mungkin timbul dalam kalangan ahli Umno berebut untuk dicalonkan pada PRU14.

“Jika tiada sabotaj dan perbalahan dalaman, BN akan menang. Parti dalam PH tidak bersatu dan mempunyai masalah sendiri.”

Katanya, BN masih bersatu di Kedah, tetapi beliau mendapati sukar meramalkan jika perpaduan akan kekal selepas pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pemerhati lain dilaporkan berkata, perpaduan dalam Umno Kedah sering diragui. Mereka mendapati 13 bahagian Umno di negeri itu bersatu 2 tahun lalu untuk menyuarakan mereka hilang keyakinan terhadap menteri besar ketika itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Bagaimanapun, mereka berkata, kisah di sebaliknya berbeza sama sekali, dengan mendakwa sesetengah pemimpin tidak mampu duduk untuk makan bersama.
Penganalisis

Azizudin berkata, perselisihan itu tidak akan membawa kesan besar terhadap corak mengundi pada PRU14.

“Sebelum ini, saya akan kata ya, akan ada kesan. Tetapi hari ini, kepimpinan Umno negeri berjaya mengatasi masalah ini. Jadi, pandangan saya ialah krisis itu akan memberi impak minimum kepada Umno.”

Mengenai pengaruh Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad di Kedah, beliau mengakui ada kelebihan buat bekas perdana menteri itu, tetapi ia tidak cukup untuk membantu PH menawan Kedah.
Katanya, PPBM dan Amanah mempunyai asas lemah di Kedah.

“Kedua-duanya masih parti muda berbanding rakan PH mereka dan juga parti komponen BN.

“Tambahan, hakikat masih kekal yang PAS tidak lagi bersama pakatan pembangkang dan PAS kuat di Kedah. Jentera Pakatan Rakyat yang sudah dibubarkan, bergantung kepada PAS dahulu. PH menghadapi masalah dari segi jentera pilihan raya.”

Awang Azman pula berkata, Mukhriz amat disayangi di Kedah dan pemecatannya mencetuskan kemarahan dan gelombang sokongan kepada pembangkang.

Katanya, ancaman kepada BN turut “diburukkan lagi” dengan tindakan Dr Mahathir meninggalkan Umno dan kemudiannya menubuhkan PPBM yang menyertai PH.

“Orang Kedah merasai kesetiaan negeri yang memihak kepada Dr Mahathir, anak jati Kedah, disebabkan khidmatnya selama 22 tahun sebagai perdana menteri.

“Bekas perdana menteri itu mempunyai pengaruh besasr dan ini mengoyahkan kubu Umno Kedah.
“Terdapat juga hakikat Dr Mahathir dipilih sebagai calon perdana menteri PH jika mereka berjaya menawan Putrajaya, yang akan menjadi sumber kebanggaan orang Kedah.”

Katanya, satu lagi faktor ialah rasa tidak puas hati rakyat terhadap kenaikan kos sara hidup.
Beliau juga percaya PAS tidak popular seperti PPBM di Kedah.
.................... pendapat copy daily
Kiranya berdasarkan kajian semata-mata, kesemua parti politik bertanding di Kedah mempunyai peluang cerah untuk memenangi hati rakyat dan seterusnya membentuk kerajaan di negeri itu.

Berdasarkan pemerhatian dari jauh dan pembacaan politik melalui isu-isu semasa tidak disangkal terdapat beberapa kawasan pilihan raya di negeri itu yang dimenangi Umno pada pilihan raya lepas tidak kelihatan sebagai kawasan di jamin putih termasuk dikawasan yang dimenangi seorang menteri.

Ini berpunca dari rakyat khasnya pengundi yang tidak berpuas hati dengan khidmat yang diberi kepada mereka, termasuk jarang-jarang turun kawasan, hanya dekat-dekat pilihan raya ini baharu kerap bersama rakyat.

Faktor Mahathir dan Mukhriz juga di katakan memberi kesan kepada BN Kedah, namun ia tidak mendalam kecuali di beberapa kawasan, seperti di Jerlun, Langkawi dan juga 3 kerusi Dun dan dua kerusi parlimen BN.

Bagi PH pastinya peluang dan ruang diambil sepenuh mungkin dikawasan bergolak Umno, kerana sabotaj parti sentiasa berlaku.

Setakat ini, parti popular di Kedah dikatakan hanya UMNO dan PPBM, manakala PAS pula hanya tenggelam timbul popularitinya sejak akhir-akhir ini kecuali dibeberapa kawasan sokongan tebal sahaja.

Namun begitu, Kedah antara negeri yang tidak mudah untuk dipertahankan BN pada pilihan raya umum kali ini.

Ramai yakin bahawa BN mempunyai strategi yang sukar dibaca pihak musah disamping mempunyai sokongan jentera kuat, dan pastinya tidak mudah untuk PPBM meruntuhkan pertahanan parti terkuat negara.

No comments:

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here

Pages