Mayat Reput Dalam Pangsapuri - COPY DAILY

COPY DAILY

Gapaian Rasa Dunia Kini

test banner

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Mayat Reput Dalam Pangsapuri

Share This
SUBANG JAYA: Satu mayat lelaki dalam keadaan reput ditemui selepas polis memecah masuk pangsapuri miliknya di Jalan SS 19/3, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pengawal keselamatan pangsapuri berkenaan kira-kira pada jam 10.50 pagi tadi.

"Pengadu memaklumkan mengenai penghuni yang disyaki terperangkap di dalam rumah, kemudian polis bersama pihak bomba bertindak memecahkan pintu rumah berkenaan.

"Sebaik sahaja masuk, didapati ada satu mayat reput, di dalam bilik tidur utama, di atas lantai yang berlapik kain cadar berhampiran almari pakaian.

"Hasil siasatan awal, dipercayai punca kematian adalah menggantung diri dengan seutas kain yang digunakan masih terikat di bahagian almari pakaian," katanya dalam satu kenyataan.

Azlin berkata, berdasarkan maklumat daripada pihak pengurusan pangsapuri, lelaki berkenaan sudah tidak kelihatan selama hampir tiga bulan.

"Kenderaan miliknya juga tidak bergerak, pihak pengurusan datang mengetuk pintu dan mendapati pendingin hawa masih terbuka dan tidak mengesyaki apa-apa.

"Pihak pengurusan dan pengawal keselamatan kemudian mengambil keputusan memaklumkan kepada pihak berkuasa selepas mengesyaki ada perkara buruk berlaku," katanya.

Beliau berkata, kali terakhir ibu si mati menemuinya adalah pada hujung bulan Julai 2017.

"Dia mengalami kemurungan hampir 10 tahun dan lebih suka bersendiri dan tidak mahu diganggu, dia juga tidak bekerja.

"Mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk tindakan selanjutnya dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

No comments:

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here

Pages