Nafi Kelantan Diserah Pada PAS - COPY DAILY

COPY DAILY

Gapaian Rasa Dunia Kini

test banner

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Nafi Kelantan Diserah Pada PAS

Share This
RANTAU PANJANG: UMNO Kelantan menafikan dakwaan bahawa kepemimpinan parti akan menyerahkan Kelantan kepada PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata dakwaan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk A Kadir Jasin, itu hanyalah strategi politik untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN).

Katanya, helah itu sengaja dilontarkan kerana PRU-14 semakin hampir selain taktik pembangkang yang sengaja mencetuskan situasi dengan menunjukkan berlaku pergeseran antara beliau dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

"Pembangkang cuba mengaburi mata rakyat dengan dakwaan sedemikian seperti menunjukkan BN tidak serius untuk menang sedangkan kita bertekad untuk kembali memerintah di negeri ini.

"Saya yakin BN Kelantan mempunyai peluang cerah untuk kembali mentadbir negeri ini berdasarkan perkembangan semasa politik negara.

"Malah jika ada pertandingan tiga penjuru, ia akan menguntungkan BN kerana akan berlakunya pecah undi pada pihak pembangkang, sekali gus memberi kelebihan kepada kami untuk menarik pengundi," katanya pada sidang media selepas Majlis Ziarah Kasih di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Banggol Kulim, Rantau Panjang di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim, dan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan, Datuk Ab Ghani Harun.

A Kadir, dalam blognya baru-baru ini, mendakwa Najib membuat keputusan "menyerahkan" Kelantan kepada PAS sebagai sebahagian daripada rancangan kerjasama pilihan raya UMNO-PAS.

Beliau mendakwa keputusan itu dibuat secara bersendirian tanpa berunding dengan kepemimpinan UMNO Kelantan sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati pemimpin yang lain, termasuk Mustapa.

No comments:

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here

Pages