KUANTAN: Seorang pemuda dipercayai penagih dadah bertindak di luar batasan apabila membakar rumah pusaka peninggalan arwah bapanya di FELDA Jengka 11, Maran dekat sini, petang tadi.
Bagaimanapun, kejadian kira-kira jam 2 petang itu tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa berikutan ibu suspek yang juga ibu tunggal tiada di rumah kerana berada di kediaman anaknya di ibu negara.
Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman berkata, suspek berusia 33 tahun dipercayai sudah mengugut untuk membakar rumah itu beberapa kali sebelum ini.
"Sepasukan pegawai dan anggota kami bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima laporan dan berjaya menangkap suspek di sekitar kawasan rumah itu.
"Suspek yang tidak bekerja dan mempunyai lima rekod jenayah lampau membabitkan penyalahgunaan dadah kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat menggunakan api," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.
Sementara itu, Timbalan Pengarah JBPM Pahang, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu jam 2.27 petang dan mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengawal kebakaran itu daripada merebak ke rumah berhampiran.
Post Top Ad
Responsive Ads Here
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Bottom Ad
Responsive Ads Here
Author Details
Templatesyard is a blogger resources site is a provider of high quality blogger template with premium looking layout and robust design. The main mission of templatesyard is to provide the best quality blogger templates which are professionally designed and perfectlly seo optimized to deliver best result for your blog.
No comments:
Post a Comment