KUALA LUMPUR: Murid dan pelajar sekolah akan diberikan pendedahan mengenai potensi permainan digital yang dilihat memangkin masa depan cerah seiring perkembangan pesat ekonomi digital sekarang ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, berkata menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), institusi terbabit akan memberikan penerangan dan pendedahan mengenai permainan digital yang menjadi peluang kerjaya, menjana ekonomi dan membina kreativiti.
"Kerajaan akan terus membantu termasuk menyediakan prasarana berikutan sektor ekonomi digital ini menjana peluang pekerja baharu, memberikan pulangan lumayan dan melahirkan penggiat permainan digital profesional tempatan dan antarabangsa.
"Misalnya anak tempatan, Wan Hazmer Wan Ab Halim, 37 yang menimba pengalaman lebih tujuh tahun sebagai Ketua Pereka Grafik di Final Fantasy, Jepun sanggup kembali ke Malaysia, ini menandakan industri permainan digital di sini benar-benar berkembang," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan rasmi ke studio permainan digital Malaysia, iaitu Hab Permainan bernama Level Up Inc di Bangsar South di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif. MDEC, Datuk Yasmin Mahmood.Dr Salleh Said berkata, kerajaan menyokong pertumbuhan industri e-sukan terutama permainan digital dalam talian yang mencatatkan pulangan memberangsangkan selain menjana kreativiti dan potensi diri.
"Ini adalah keperluan masa hadapan, kemahiran yang membangunkan sektor kandungan dan teknologi kreatif sekali gus membawa pertumbuhan memberangsangkan kepada sektor animasi, kesan visual, media baharu serta sektor permainan digital.
"Kita mahu permainan digital bukan sekadar satu permainan tetapi mempunyai peluang ekonomi yang lebih menyeluruh," katanya.
Sementara itu Yasmin berkata, dalam tempoh tiga tahun ini sebanyak 54 syarikat permainan digital wujud menandakan perkembangan pesat industri berkenaan.
"Ini kerana permainan digital dunia mencatatkan pulangan sebanyak RM984.72 bilion melebihi pendapatan dari pembuatan filem dan animasi.
"Justeru, kita sangat bangga dengan perkembangan industri permainan digital, kerana anak muda mempunyai kreativiti dan kemampuan untuk menjadikan perniagaan komersial menerusinya.
Katanya, anak muda Malaysia sememangnya kreatif dan kita harus mengakui pekerjaan masa depan dengan adalah berbeza.
Kebolehan dan bakat mereka banyak membangunkan ekosistem permainan digital dan melahirkan permainan digital bebas.
"Masa hadapan tidak lagi tidak lagi bergantung pekerjaan tradisional dan kita kena akur dan mengakui pekerjaan berubah kepada yang mementingkan bakat dan potensi untuk komersial dan penciptaan pekerjaan baharu," katanya.
Post Top Ad
Responsive Ads Here
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Bottom Ad
Responsive Ads Here
Author Details
Templatesyard is a blogger resources site is a provider of high quality blogger template with premium looking layout and robust design. The main mission of templatesyard is to provide the best quality blogger templates which are professionally designed and perfectlly seo optimized to deliver best result for your blog.
No comments:
Post a Comment