Maut Ditetak Disebuah Hotel - COPY DAILY

COPY DAILY

Gapaian Rasa Dunia Kini

test banner

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Maut Ditetak Disebuah Hotel

Share This
KUALA LUMPUR, Seorang wanita berusia lingkungan 30-an ditemui mati dengan kesan tetakan pada kepala di atas katil bilik hotel di Pekan Batu 11, Balakong, Kajang dekat sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata polis menerima maklumat daripada pihak hotel itu mengenai pelanggan yang tidak mendaftar keluar selepas pukul 12 tengah hari tadi sebelum pasukan polis membuka pintu bilik lalu menemui mayat mangsa dalam keadaan terbaring berlumuran darah.

“Siasatan lanjut mendapati wanita berkenaan yang mula mendaftar masuk ke hotel itu sejak Ahad lepas mengalami kecederaan akibat tetakan di kepala,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata bangsa dan identiti mangsa belum dikenal pasti berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemui di lokasi kejadian.

Katanya polis sedang mengenalpasti identiti suspek dan motif pembunuhan masih dalam siasatan.

Ahmad Dzaffir berkata mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya.

No comments:

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here

Pages