KANGAR: Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin akan kembali bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebagai calon parti itu di kerusi Parlimen Arau selepas kali terakhir bertanding pada PRU-12.
Pemilihan Hashim di kerusi berkenaan dimaklumkan Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Shukri Ramli di sini, hari ini.
Susulan itu, ia bakal menyaksikan pertembungan dua individu berpengaruh di Perlis iaitu antara Hashim dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Bagaimanapun, situasi itu hanya berlaku sekiranya Shahidan yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu mempertahankan kerusi Parlimen Arau pada pilihan raya nanti.
"Insya-Allah, Hashim akan kembali bertanding di Parlimen Arau," katanya ketika dihubungi.
Pemilihan kerusi Arau itu juga menyaksikan Hashim meneruskan kesinambungan bekas Mursyidul Am PAS sebelum ini, Allahyarham Datuk Dr Haron Din bertanding di kerusi berkenaan pada 2004, 2008 dan pilihan raya lalu.
Malah, pemilihan Hashim juga dilihat bertepatan dengan rekod Hashim di kerusi berkenaan sebelum ini iaitu memenangi kerusi Parlimen Arau pada pilihan raya kecil (PRK) 1998 menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Ismail Kassim dengan majoriti sebanyak 1,323.
Dijangkakan pertembungan tiga penjuru bakal berlaku di Parlimen Arau kerana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) juga akan meletakkan calon bagi mewakili Pakatan Harapan.https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/02/386085/hashim-lawan-shahidan-di-arau
Post Top Ad
Responsive Ads Here
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Bottom Ad
Responsive Ads Here
Author Details
Templatesyard is a blogger resources site is a provider of high quality blogger template with premium looking layout and robust design. The main mission of templatesyard is to provide the best quality blogger templates which are professionally designed and perfectlly seo optimized to deliver best result for your blog.
No comments:
Post a Comment