YANGON: Satu mesyuarat diadakan hari ini bagi 'menangani masalah' penghantaran pulang pelarian Rohingya ke Myanmar.
AFP memetik pegawai dari Bangladesh, melaporkan pegawai daripada dua negara itu berjumpa di Naypyidaw bagi 'menyelesaikan masalah' berkaitan isu penghantaran pulang etnik Rohingya ke Myanmar.
Namun, pegawai yang enggan mendedahkan namanya, tidak memberikan maklumat terperinci mengenai mesyuarat itu.
Kedua-dua kerajaan menandatangani persetujuan pada November lalu bagi membuka jalan untuk menghantar pulang pelarian pada 23 Januari ini.
Perjanjian itu termaktub kepada etnik Rohingya yang melarikan dari Myanmar dalam dua insiden keganasan sejak 2016.
Ia tidak meliputi anggaran 200,000 pelarian Rohingya yang tinggal di Bangladesh sebelum tarikh terbabit.
Hujung bulan lalu, pegawai Bangladesh berkata, mereka menghantar 100,000 senarai nama ke Myanmar untuk pusingan pertama penghantaran pulang. - AFP
Post Top Ad
Responsive Ads Here
Bangladesh, Myanmar mesyuarat hantar pulang pelarian Rohingya
Share This
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Bottom Ad
Responsive Ads Here
Author Details
Templatesyard is a blogger resources site is a provider of high quality blogger template with premium looking layout and robust design. The main mission of templatesyard is to provide the best quality blogger templates which are professionally designed and perfectlly seo optimized to deliver best result for your blog.
No comments:
Post a Comment