JAKARTA: Indonesia mengerah paramedik tentera, selain menghantar bekalan makanan dan vaksin ke timur wilayah Papua, susulan laporan 61 bayi maut akibat masalah kekurangan zat makanan serta penyakit campak.
Papua adalah antara wilayah paling miskin di Indonesia, walaupun ia kaya dengan pelbagai sumber.
Malah, Presiden Joko Widodo berjanji untuk mempercepatkan proses pembangunan di wilayah terbabit ketika beliau mengambil alih pentadbiran Indonesia pada 2014.
"Keadaan di kawasan terpencil Asmat adalah satu insiden luar biasa," kata Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan sambil menambah akan menghantar 39 kakitangan kesihatan ke kawasan berkenaan.
Setakat ini, tentera Indonesia sudah menghantar 53 anggotanya, termasuk paramedik, selain peralatan perubatan, vaksin dan 11,100 paket makanan segera.
"Kami sedang berusaha mengawal keadaan. Masalah kekurangan zat makanan dan penyakit mempunyai kaitan antara satu sama lain.
"Masalah kurang zat makanan akan memudahkan anda diserang penyakit," kata Menteri Kesihatan, Nila Moelek kepada Reuters.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan sedang mengumpul data jumlah kematian bayi di wilayah itu, namun akhbar harian Kompas melaporkan sekurang-kurangnya 61 bayi maut. - Reuters
2072 dibaca
Post Top Ad
Responsive Ads Here
Indonesia kerah tentera bantu Papua
Share This
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Bottom Ad
Responsive Ads Here
Author Details
Templatesyard is a blogger resources site is a provider of high quality blogger template with premium looking layout and robust design. The main mission of templatesyard is to provide the best quality blogger templates which are professionally designed and perfectlly seo optimized to deliver best result for your blog.
No comments:
Post a Comment