Issey, nama popular Fazlisham Mat Hussin, berkata walau dia tidak handal di dapur namun calon isterinya diberi kelebihan itu.
“Kalau yang perempuan, kena kahwinlah [dengan saya]. Saya tidak memasak. Kalau masak pun, tidak sedap tetapi kalau nak rasa kena datanglah.
“Saya paling handal pun goreng nugget. Itu saja,” katanya kepada ProjekMMO.
Penyampai radio Hot FM ini merupakan pemilik JMT Cafe di di Segambut yang terkenal dengan hidangan spageti kampung.
Perkahwinannya bersama Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid hanya mampu bertahan setahun apabila mereka bercerai pada 21 Ogos 2016.
Issey, 30, berkata selain spageti kampung yang dijual RM7, restoran miliknya itu juga popular dengan kopi Vietnam.
“[Harga] boleh bincang kalau saya ada. Tetapi biasanya kalau kawan datang, saya tidak datanglah.
“Saya merancang untuk buka cawangan di Kelantan dalam satu atau dua tahun lagi,” katanya.
Bercerita tentang gandingannya bersama pelakon Sabri Yunus malam tadi, idea mentornya itu akan digunakan dalam masa kecemasan.
Katanya, Sabri akan dirujuk jika segala idea kreatifnnya bersama rakan-rakan tidak mampu membuahkan hasil.
“Bukan sepenuhnya saya akan merujuk Sabri tetapi ibarat budak sekolah yang mahu duit, mereka akan jumpa ibu dan ayah.
“Begitulah juga saya. Kalau rasa dah kering sangat, barulah jumpa dia. Tetapi saya akan cuba sendiri dahulu dengan pertolongan kawan-kawan.
“Sejujurnya saingan kali ini sengit. Jadi apa yang harus saya buat ialah tidak tertekan dan menikmati persembahan. Jika ada rezeki, insya Allah,” katanya.
Issey malam tadi bergandingan bersama Sabri dalam Bintang Bersama Bintang namun Mark Adam dipilih sebagai juara membawa pulang RM10,000.
Read more at http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/handal-memasak-issey-ajak-kahwin#kYSDBFFwafCdEmo8.99
No comments:
Post a Comment