Tak curi telefon, kumpul duit rai hari jadi guru, kata bapa - COPY DAILY

COPY DAILY

Gapaian Rasa Dunia Kini

test banner

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Tak curi telefon, kumpul duit rai hari jadi guru, kata bapa

Share This
NIBONG TEBAL, 29 Jan — Pelajar yang cuba menggantung diri dikatakan mengumpulkan wang bagi mengadakan majlis hari jadi guru mereka di sekolah.

Bapanya, bekas tukang masak berusia 50-an, berkata anaknya, 14 tahun, mengumpul RM70 bersama kawan sekolahnya untuk majlis tersebut, lapor mStar Online.

"Dia serahkan duit itu kepada saya untuk memasak hidangan untuk majlis itu di sekolah," katanya, tidak menyangka hasrat anaknya sebagai petanda buruk.

Pelajar itu, kini kritikal, mengunci diri dalam biliknya dan cuba menggantung diri dengan suatu lilitan pada malam 25 Januari lalu selepas dituduh mencuri telefon bimbit gurunya.

Ahli keluarganya mendakwa, guru terbabit dan suaminya menyoal pelajar itu hampir lima jam dan mengugut melaporkannya kepada polis jika dia enggan mengaku.

Pelajar tersebut ada meninggalkan nota kepada ibu bapanya, menafikan dia mencuri sebelum beliau ditemui tidak sedarkan diri.

Timbalan pengarah pendidikan Pulau Pinang pula dilapor berkata guru tersebut dipindahkan ke pejabat pendidikan daerah Seberang Prai Selatan.

Mohd Jamil Mohamed berkata siasatan sedang dijalankan terhadap kejadian itu.


Read more at http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/tak-curi-telefon-kumpul-duit-rai-hari-jadi-guru-kata-bapa#6FY231XHkS1lgCiR.99

No comments:

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here

Pages