HANOI: Sebuah mahkamah di Vietnam tengah, hari ini, menjatuhkan hukuman 14 tahun penjara ke atas seorang blogger alam sekitar yang didakwa menyalahgunakan kebebasan media untuk menentang pegawai kerajaan, kata peguam.
Aktivis kemanusiaan Vietnam, Hoang Duc Binh atau lebih dikenali sebagai Hoang Bingh, memimpin beberapa bantahan terhadap pihak berkuasa yang didakwanya gagal menguruskan dengan baik bencana alam besar berpunca daripada loji keluli milik Taiwan's Formosa Plastics Corp pada 2016.
Meskipun, Vietnam menyaksikan pembaharuan ekonomi pesat dan mula bersikap terbuka terhadap perubahan sosial termasuk hak LGBT, pentadbiran Parti Komunis tetap mengawal ketat kebebasan media dan tidak bertolak ansur terhadap sebarang kritikan.
Binh dikenakan dua hukuman penjara dengan masing-masing tujuh tahun bagi kesalahan menyalahgunakan kebebasan media yang boleh menggugat kepentingan negara dan menghalang pegawai menjalankan tugas.
Sementara, rakan blogger berkenaan, Nguyen Nam Phong dikenakan hukuman dua tahun penjara, kata peguam mereka, Ha Huy Son pada Reuters ketika dihubungi menerusi telefon.
"Binh mengaku tidak bersalah manakala Phong, memohon dikurangkan hukumannya. Perbicaraan dijalankan tanpa bukti dan objektif kukuh. Mereka adalah mangsa," katanya. - Reuters
https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2018/02/385644/blogger-alam-sekitar-vietnam-dihukum-14-tahun-penjara
Post Top Ad
Responsive Ads Here
Blogger alam sekitar Vietnam dihukum 14 tahun penjara
Share This
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Bottom Ad
Responsive Ads Here
Author Details
Templatesyard is a blogger resources site is a provider of high quality blogger template with premium looking layout and robust design. The main mission of templatesyard is to provide the best quality blogger templates which are professionally designed and perfectlly seo optimized to deliver best result for your blog.
No comments:
Post a Comment