Hartawan George Soros menderma AS$554,840 (RM2.1 juta) menerusi yayasan miliknya kepada kumpulan kempen yang berusaha untuk menyekat Brexit, kata pengerusi kumpulan itu semalam.
“Yayasan George Soros bersama sejumlah lagi penderma utama turut menyumbang untuk kerja kami,” kata bekas diplomat British, Mark Malloch-Brown yang juga pengerusi kumpulan kempen Best for Britain.
Best for Britain mensasarkan untuk menghentikan Brexit dan mengadakan semula pungutan suara 2016 mengenai keanggotaan Kesatuan Eropah (EU).
Sumbangan Soros kepada kumpulan itu, pertama kali dilaporkan dalam akhbar Daily Telegraph.
Penentang Brexit melihat usaha meninggalkan EU sebagai kesilapan terbesar dalam sejarah pasca Perang Dunia Kedua British dan khuatir ia akan menjejaskan pengaruh kewangan dan politik yang masih ada di Britain.
Menerusi pungutan suara United Kingdom (UK) pada 2016, 51.9 peratus, atau 17.4 juta orang mengundi untuk meninggalkan EU manakala 48.1 peratus, atau 16.1 juta orang, mengundi untuk kekal.
Perdana Menteri Theresa May berkata Britain akan meninggalkan EU pada 29 Mac 2019 dan tidak akan ada lagi pungutan suara, walaupun penentang Brexit mahukan undian lain.
Seorang jurucakap Soros enggan mengulas lanjut ketika dihubungi media. – Reuters
http://mhonline.com.my/soros-derma-2-1-juta-kepada-kumpulan-bantah-brexit/
Post Top Ad
Responsive Ads Here
Soros Derma 2.1 Juta Kepada Kumpulan Bantah Brexit
Share This
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Bottom Ad
Responsive Ads Here
Author Details
Templatesyard is a blogger resources site is a provider of high quality blogger template with premium looking layout and robust design. The main mission of templatesyard is to provide the best quality blogger templates which are professionally designed and perfectlly seo optimized to deliver best result for your blog.
No comments:
Post a Comment