PRU-14 semakin hampir semakin hangat bualan rakyat mengenai siapa akan membentuk kerajaan sama ada Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN).
Musuh BN pastinya dua blok politik pembangkang iaitu PAS dan PH yang membentuk pakatan bersama PKR, DAP, AMANAH, PPBM.
PAS yang kurang bertempur dengan Barisan Nasional sejak akhir ini diserang PH gara-gara tidak menyertai gabungan dalam PH kerana DAP yang diolah sebagai penyebab utama robohnya Pakatan Rakyat jadikan PAS tidak selera dengan PH yang diketuai Mahathir.
Ia satu keuntungan besar kepada BN apabila PAS menolak menyertai PH dan DAP juga dilihat membina jambatan kekuatan baharu untuk BN bernafas lega, kerana parti sokongan kuat orang-orang Cina itu di tolak parti Islam pimpinan Haji Hadi setelah bermusuhan sehingga leburnya Pakatan Harapan.
Dalam konteks politik dimana serang menyerang antara satu sama lain pekara normal dan itulah dikatakan strategi bagi melemahkan pihak lawan.
PAS tidak lemah dan terbukti bertahan dengan kelasakkan serta berpengaruh dikalangan orang Melayu sehingga satu ketika DAP menerima sokongan orang Melayu lebih baik dari sebelumnya.
BN yang kekal menjadi kuat kerana UMNO lebih popular dan disokong pengaruh parti bukan UMNO dari Sabah dan Sarawak menjadikan BN kelihatan lebih diyakini berbanding lain-lain parti yang bertanding.
Barisan Nasional sebagai parti tidak goyah sebelum ini semakin bergoyang setelah MCA, Gerakan, MIC tidak lagi membawa harapan gemilang. Di Sabah tokoh politik seperti Joseph Pairin Kitingan masih diperlukan pada PRU-14 bagi mengimbangi serangan parti Warisan yang diasas dan diasah Shafie Apdal. Dan tidak hairanlah Joseph Pairin akan bertanding.
Sementara itu pejuang cybertrooper dikalangan parti poliitk semakin tidak keruan sehingga sanggup memfitnah, dan fitnah itu bukanlah satu keperluan pada isi perjuangan tulen melainkan menambah kejahilan kepada diri sendiri dan menyusahkan.
Kerja-kerja tidak siuman cybertrooper semakin hari semakin jelas diperkatakan awam kenapa....
No comments:
Post a Comment